Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Sabtu, 25 September 2010

PRODUK BARU

Rabu, 22 September 2010

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN HPAic

8.00 Pagi - 9.00 Pagi
Kehadiran para Tetamu Jemputan & Pemberian Doorgift

9.00 Pagi - 9.30 Pagi
Ketibaan VVIP & VIP

9.30 Pagi - 10.00 Pagi
Menyambut Ketibaan Pengarah Urusan I Kumpulan Syarikat HPA
Ucapan Pengerusi Majlis
Doa Pembukaan Majlis
Bacaan Al Quran

10.00 Pagi - 10.35 Pagi
Ucapan Wakil PJS Malaysia
Ucapan Wakil Dari Indonesia
Ucapan Wakil Dari Thailand
Ucapan Wakil Dari Kemboja
Ucapan Wakil Dari Brunei

10.35 Pagi - 11.00 Pagi
Ucapan Perasmian Pengarah Urusan & Menandatangani Buku Sejarah HPAic
Penyampaian Cenderahati kepada Tetamu Kehormat (VVIP)

11.15 Pagi - 11.30 Pagi
Perasmian HPAic & HPA Halal Mall oleh Pengarah Urusan I Kumpulan Syarikat HPA bersama PJS HPA

11.30 Pagi - 2.30 Petang
Jamuan Makan & Solat

2.30 Petang - 4.00 Petang
Seminar Perdana di Dewan HPAic

Pembentangan Kertas Kerja 1 :
Penglibatan HPA Dalam Pembangunan Produk Halal di Melaka Halal Hub Oleh Pengarah Urusan II
Tuan Haji Fisal Bin Ahmad Tajuddin
Pembentangan Kertas Kerja 2 :
Dari Cawangan ke Pasaraya Oleh Pengarah Urusan I, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad
Pemebentangan Kertas Kerja 3 :
Prinsip Multilevel Marketing Syariah Oleh GM Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil

4.00 Petang - 5.00 Petang
Ceramah : Gagasan Ekonomi Ummah Oleh Ir. H. Heppy Trenggono M.Kom
Founder and CEO United Balimuda Group (Palm Oil Plantations, Consumer Goods)
President of Indonesian Islamic Business Forum (IIBF)

PENGGUNAAN HPA INTEGRATED SYSTEM

Salam kepada semua
1.Gudang Induk dan Gudang Zon
2.Seluruh Cawangan HPA dan Kios

Saya dengan ini mengarahkan semua yang di sebutkan di atas supaya melaksanakan penggunaan sistem HPA INTERGRATED secara total berkuatkuasa mulai 27hb Oct 2010. Ini kerana saya mendapati masih lagi terdapat ada cawangan yang belum melaksanakan secara REAL TIME.

Semua Pengurus Zon sila ambil perhatian secara serius. Pihak AWM akan mula memantau secara total mulai tarikh yang disebutkan. Ini adalah penting bagi memastikan penggunaan ini di guna pakai secara menyeluruh. Ini merupakan suatu peraturan kerja SOP yang perlu patuhi tanpa alasan.
Segala permasalahan sila hubungi HQ AWM (En Fitri 0124182135)

Petikan dari blog GM

Selasa, 21 September 2010

GEMPUR UBAT GIGI MISWAK

UBAT GIGI BERTOKSIK

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.
Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan cap ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik? Untuk mengetahuinya, per-hatikan gambar-gambar yang berikut.Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.
Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan cap ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik? Untuk mengetahuinya, per-hatikan gambar-gambar yang berikut.













APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.



MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.



MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.



KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.


PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

Isnin, 20 September 2010

SUMBANGAN QURBAN KEPADA MASYARAKAT CAMPA CAMBODIA

Salam seluruh warga HPA
HPA Cambodia akan sedang berusaha untuk membantu Masyarakat Muslim Cambodia(Campa) dalam program Qurban. Sesungguhnya Masyarakat Muslim Cambodia hidup dalam serba kekurangan dan amat begitu daif. Sehubungan dengan itu demi sesuap daging yang di makan setahun sekali, marilah tahun ini kita menyalurkan ibadat Qurban kita kepada masyarakat tersebut. Setiap tahun daging Qurban di negara kita melimpah ruah dan berputar dikalangan kita, sedangkan ibadah Qurban bertujuan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin bersama HPA CAMBODIA dalam ibadah Qurban ini boleh menyalurkan kepada HPA Malaysia dengan menghubungi saudara Khidir Osman(staff AWM) pada no hp 0194582205. Harga setompok RM 200(termasuk kos pengurusan sembelihan dan sebagainya). Pembayaran boleh di lakukan dengan bayaran melalui akain bank Al Wahida Marketing Sdn.Bhd. dan Fax slip bank ke Pejabat AWM. Sebarang pertanyaan sila hubungu Sdr Khidir.
Insyallah kita bercadang untuk menyumbang sebanyak mungkin pada tahun ini.

PERASMIAN HPAIC 02 OKTOBER 2010

Salam..
Majlis perasmian Menara HPAiC akan diadakan pada 02/10/2010 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi. Sehubungan dengan ini di minta semua KPA/KPU/KPT/KPS/KPB sila uruskan segera dan maklumkan anggaran jumlah kehadiran kepada pihak AWM. Pihak AWM akan membantu membuat tempahan penginapan kepada mana-mana PJS/Pengedar yang memerlukan penginapan.Penginapan adalah tanggungan individu.

LANTIKAN PB ATAS NAMA SYARIKAT

Selasa, 14 September 2010

PRODUK BARU DC23 ANTI PIMPLE CREAM

MESYUARAT PERASMIAN HPAiC

Salam...
Semua AJK yang terlibat mesyuarat Perasmian Bangunan HPAiC diingatkan menghadiri mesyuarat pada 17 Sept 2010 (Jumaat) bertempat di cawangan HPA Shah Alam pada jam 10.00 pagi. Selesai mesyuarat semua AJK akan dibawa melawat sekitar bangunan HPAiC. Harap semua AJK dapat membentangkan tugasan masing-masing. Harap maklum

SALAM TAKZIAH

Pihak pengurusan Al Wahida Marketing Sdn Bhd mewakili semua staff AWM mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga En. Sabaruddin bin Saka yang merupakan staff Cawangan Hpa Putatan, Sabah yang telah meninggal dunia pada hari Khamis (30 Ramadhan) dalam satu kemalangan di Lahad Datu semasa perjalanan balik kampung arwah yang terletak di Tawau. Turut serta dalam kenderaan tersebut ialah 2 orang anaknya serta isteri .Walau bagaimanapun hanya isteri arwah yang terselamat. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman.Amin.

Rabu, 8 September 2010

PERUBAHAN TARIKH PENGHAYATAN PJS KPS

Salam
Adalah dimaklumkan bahawa Program Penghayatan PJS KPS ditunda kepada 23hb Sept 2010(Khamis) bertempat di Dewan Omar Mokhtar, Sg. Petani, Kedah.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

ARAHAN PENGEDARAN AYAM SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA

Bagi memenuhi keperluan ayam menjelang Idul Fitri yang di jangka pada 10hb Sept 2010(jumaat), maka semua pergerakan kenderaan frozen ayam di jalankan 24 jam. Pastikan penghantaran topup dilakukan ke semua cawangan walaupun pada waktu malam. Pengurus zon dikehendaki mengatur dan mengarahkan cawangan menerima penghantaran ayam tanpa mengira waktu.

Pergerakan kenderaan berat yang membawa muatan makanan adalah dibenarkan dan tidak dikenakan larangan perjalanan oleh pihak Polis dan JPJ.

SALAM IDUL FITRI 1431H

Salam..
Pihak Pengurusan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd (AWM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua staf, para ahli dan pengguna sekalian. Semoga Aidilfitri yang disambut diraikan dengan penuh keberkatan tanpa sebarang unsur pembaziran. Kepada yang balik kampung halaman pula diharap memandu dengan penuh sabar dan semoga selamat sampai.

Rabu, 1 September 2010

MAKLUMAN SEMASA





Semua Pengurus Zon, Pengurus Cawangan, Pengurus Gudang Induk & Zon sila ambil perhatian dan tindakan segera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...