Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Jumaat, 29 Oktober 2010

PROGRAM PJS BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA

Salam
Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan PJS dengan Pengarah Urusan akan diadakan pada 15hb Dis 2010 di lokasi yang akan di maklumkan kemudian serentak dengan hari keduan Program Pelapis.
Sekian
Wasallam

PROGRAM LATIHAN INTENSIF

Salam kepada
Presiden/Setiausaha Pelapis KPT, KPU, KPA & KPS

1. Program Latihan Intensif 2 hari 1 malam.
Tarikh: 14&15 hb Dis 2010
Lokasi: Akan di umumkan nanti.
Maklumat mengenai persiapan lain akan di maklumkan dalam waktu terdekat.

Semua PELAPIS di kehendaki wajib hadir pada program tersebut.
Antara modiul;
1. Kemantapan MLMS
2. Motivasi dan kejayaan bersama wakil PJS Malaysia dan Indonesia
3. Menjadikan pengamalan herba sebagai produk utama
4. Penghayatan Missi dan Vissi HPA
DLL

Kepada para pengedar yang kini sudah mencapai PENGARAH JATI dan mencecah bonus RM 1000 boleh memohon segera menyertai PELAPIS dengan menghubungi Sdr Kamal Ismail pada no H/P 0134804717 dengan kadar segera.

Selasa, 26 Oktober 2010

PERJUMPAAN GM MOHD FAISOL ABD RAHMAN BERSAMA PJS ZON UTARA

Salam..Satu perjumpaan GM En Faisol Abd Rahman bersama PJS Zon Utara akan diadakan seperti butiran berikut:

TARIKH : 1HB NOVEMBER 2010
MASA : 8.30 MALAM-HINGGA SELESAI
TEMPAT: DEWAN UMAR MUKHTAR, SUNGAI PETANI ,KEDAH
KEHADIRAN PJS ZON UTARA ADALAH DIWAJIBKAN
AGENDA:
1. TAKLIMAT PERKEMBANGAN HPA TERKINI
-LAPORAN JUALAN (ZON UTARA)
2. PERBINCANGAN UNTUK MEMANTAPKAN PENJUALAN HPA
3. TAKLIMAT KONVEK 2010
4. MUHASABAH PJS
5. SESI SOAL JAWAB
6. BERSURAI

PROGRAM TERKINI DI HPAic

SEMINAR "BAGAIMANA MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA HPA"

OLEH
GM MOHD FAISOL ABD RAHMAN
GENERAL MANAGER ALWAHIDA MARKETING

TARIKH: 28HB OKTOBER 2010
MASA: 8.30PM-11.30PM
TEMPAT: DEWAN HPAIC

Jumaat, 22 Oktober 2010

MAKLUMAN PRODUK BARU



INFO CHLOROPHYLL DROPS


• Punca utama segala penyakit ialah buangan berasid dalam badan.

• Musuh besar ini mesti anda singkirkan dahulu untuk menjadi sihat.

• Diet, ubatan atau suplimen serta senaman harian tidak akan berkesan selagi musuh ini berada dalam tubuh anda.

• Tahukah anda apa dia musuh besar anda ini?

• Ianya tak lain dan tak bukan adalah bahan buangan berasid yang terperangkap dalam badan anda yang membunuh anda secara senyap hari demi hari!

• Bahan buangan berasid inilah yang menyebabkan kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, obesity/ kegemukan, penyakit kulit tegar, sakit sendi, perut sengkak, murung, kelesuan, hilang daya tumpu dan mudah berang..

• Selagi ianya tidak disingkirkan selagi itulah:

1. Berdiet macam mana pun tidak akan menurunkan berat badan,

2. Makan ubat, makan supplement juga tidak bermakna, dan

3. Senaman atau jogging hanya memenatkan sahaja.

HPA ada berita gembira untuk anda…

Peluru sakti untuk menyingkirkan kondisi berasid dalam badan anda ialah Alkaradix ChloropHyll Drops yang beralkali tinggi. Hanya satu titis sahaja dalam segelas air mampu melonjakan pH air dari 7 ke 9 atau lebih.

Tanpa air alkali pH tinggi (pH8.5 ke atas) buangan berasid akan terus mengancam nyawa anda.

Alkaradix ChloropHyll Drops : Pelonjak Alkali, penyingkir Asid – Alkaline Booster, Acid Buster

Herba / Ubat kurang mujarab kalau badan masih berasid.

Alkaradix ChloropHyll Drops membantu mengurangkan asid berlebihan dalam badan anda dengan 7 faedah kesihatan:

Kurangkan Yang 1 … Redakan Yang 7 …

KURANGKAN ASID

BOLEH MEREDAKAN

1. TOKSIK

2. LEMAK & KOLESTEROL

3. PENYAKIT OTOT & SENDI

4. SEMBELIT & KEKERINGAN DALAMAN

5. PENYAKIT KULIT TEGAR

6. BATU KARANG

7. KANSER

Alkaradix Chlorophyll Drops dijual 100% oleh HPA dengan harga hanya RM50.00 sebotol yang mampu mengalkalikan sehingga 500 botol air saiz 500ml.

Produk seumpama ini di pasaran luar dijual dengan harga antara RM80.00 dan RM120.00

Harga pengedar HPA cuma RM45.00 dengan 10 NM.

Ingat:

1. Ibu kepada penyakit kronik ialah buangan berasid dalam badan.

2. Bapa kepada penawar penyakit kronik ialah minuman air beralkali.

3. Raja kepada Air beralkali ialah ALKARADIX CHLOROPHYLL DROPS.

Ulasan Pengarah Urusan HPA

Produk baru HPA Chlorophyll Drops ini merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah, seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal (rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).

Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi) yang di jual di pasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng”alkali”kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.

“Buang asid buang penyakit” merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari. InsyaAllah.

Masukkan 3 titis sahaja klorofil HPA ke dalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++. Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil. Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari Water Filter Dew HPA ialah pH 9.++. Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50.00
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45.00
Sabah & Sarawak: RM
Nilai Mata (NM): 10

JELLY GAMAT HPA

Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.



Gamat sebagai makanan

* Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
* Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.

Gamat

* Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
* Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Khasiat Gamat

* Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
* Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.

Keunikan Gamat

* Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
* Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
* Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
* Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
* Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
* Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
* Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
* Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
* Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.

Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

* Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
* Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
* Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.

Sebatian bioaktif dari gamat

* Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
* Aktiviti antioksidan.
* Anti-tumor (membantutkan tumor)
* Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
* Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
* Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
* Mengurangkan rasa sakit
* Meningkatkan tahap imuniti
* Anti inflammatory dan antiulcer
* Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
* Membunuh parasit malaria
* Mempercepatkan proses membetulkan tulang
* Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
* Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)

Gamat HPA

* Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
* Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
* Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
* Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi


Produk Jelly Gamat

* Khasiatnya terbukti
* Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
* Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.

Isipadu: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45
Nilai Mata (NM): 8

Isnin, 18 Oktober 2010

LAMBAKAN PRODUK DAN AYAM ROSAK

KEPADA:

SEMUA PENGURUS ZON
AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan semua Pengurus Zon adalah diarahkan untuk memastikan tidak berlaku lambakan produk sehingga produk tersebut tamat tempoh penggunaannya(expired). Pengurus zon juga adalah diarahkan untuk memastikan stok ayam dalam simpanan tidak rosak.

Sekiranya didapati terdapat lambakan produk berlaku sehingga tamat tempoh penggunaannya serta terdapat ayam yang rosak dalam simpanan, staf akan diarahkan untuk membayar balik kos tersebut secara tunai ataupun secara potongan gaji.

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,harap maklum.

SDR NASIR ABAS KEMBALI KE RAHMATULLAH

Sdr Nassir Abbas mantan staf HPA bahagian Pemasaran telah kembali ke rahmatullah pagi semalam(Ahad) setelah menderita komplikasi diabetis. Beliau pernah bersama HPA suatu ketika dahulu dan pernah menyampai motivasi kepada pengedar HPA di Malaysia dan Indonesia.
Al Fatihah

Sabtu, 16 Oktober 2010

SUMBANGAN QURBAN KE CAMBODIA MASIH DIBUKA

Salam seluruh warga HPA
HPA Cambodia akan sedang berusaha untuk membantu Masyarakat Muslim Cambodia(Campa) dalam program Qurban. Sesungguhnya Masyarakat Muslim Cambodia hidup dalam serba kekurangan dan amat begitu daif. Sehubungan dengan itu demi sesuap daging yang di makan setahun sekali, marilah tahun ini kita menyalurkan ibadat Qurban kita kepada masyarakat tersebut. Setiap tahun daging Qurban di negara kita melimpah ruah dan berputar dikalangan kita, sedangkan ibadah Qurban bertujuan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin bersama HPA CAMBODIA dalam ibadah Qurban ini boleh menyalurkan kepada HPA Malaysia dengan menghubungi saudara Khidir Osman(staff AWM) pada no hp 0194582205. Harga setompok RM 200(termasuk kos pengurusan sembelihan dan sebagainya). Pembayaran boleh di lakukan dengan bayaran melalui akain bank Al Wahida Marketing Sdn.Bhd. dan Fax slip bank ke Pejabat AWM. Sebarang pertanyaan sila hubungu Sdr Khidir.
Sumbangan ini masih diterima dan hanya akan ditutup satu minggu sebelum Hari Raya Qurban
Insyallah kita bercadang untuk menyumbang sebanyak mungkin pada tahun ini.

Mohon pihak Zon/ Cawangan / Presiden Kelab membuat hebahan supaya kita dapat membuat sumbangan kepada saudara-saudara kita di sana.

Rabu, 13 Oktober 2010

MAKLUMAN SEMASA

Semua Pengurus Cawangan/ staf cawangan sila ambil perhatian. Mulai sekarang,semua permasalahan berkaitan produk dan masalah staf di cawangan masing-masing adalah diminta supaya berhubung terus kepada En Sham Sani di talian 019-3801885 (sms) atau ym kepada sham_southpark@yahoo.com. Laporan baki stok cawangan juga perlu dimaklumkan kepada beliau selain dari pegawai yang sedia ada.

SEKIAN,HARAP MAKLUM

Isnin, 11 Oktober 2010

MAKLUMAN KEPADA PENGURUS DAN STAF CAWANGAN

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa semua cawangan tidak dibenarkan menyimpan fail atau dokumen peribadi (video,gambar,lagu,dan software yang tidak berkenaan) di dalam komputer cawangan masing-masing.

Tempoh masa yang diberikan kepada setiap cawangan adalah selama seminggu bermula dari tarikh memo ini dikeluarkan supaya fail atau dokumen peribadi tersebut tiada dalam simpanan komputer di cawangan.

Sekiranya terdapat cawangan yang tidak mematuhi arahan ini, tindakan segera akan diambil.

Oleh yang demikian, kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

SISTEM ONLINE – PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB MENGIKUT ZON

TARIKH : 5 OKTOBER 2010 M / 26 SYAWAL 1431 H
KEPADA : Pejabat Operasi Zon / Gudang / Cawangan / Halal Mart / Kiosk
DARIPADA : BAHAGIAN MIS
TAJUK : SISTEM ONLINE – PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB MENGIKUT ZON


Assalamualaikum wbt

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas

Bahagian MIS dengan ini memaklumkan bahawa semua masalah berkaitan Sistem Online adalah di bawah tanggungjawab 3 orang pegawai bertugas mengikut zon seperti berikut:

Zon : Timur , Borneo dan Gudang Tunjang , Stor Kuala Krai ,
Stor Sabah , Stor Sarawak
Pegawai bertugas : Siti NurHidayah Bt Zainol
No. Tel : 019-5184295
E-mail / YM : snz_83@yahoo.com

Zon : Tengah, Selatan dan Stor Ipoh, Stor Bt Caves, Stor Kluang
Pegawai bertugas : Mohd Fitri Bin Othman
No. Tel : 012-4182135
E-mail / YM : fitrymis@yahoo.com

Zon : Utara dan Stor Sg. Petani
Pegawai bertugas : Noraziah Bt Azme
No. Tel : 019-5073617
E-mail / YM : noraziahazme@yahoo.com



Pembahagian pegawai berikut mengikut zon adalah untuk memudahkan pemantauan dan penyelesaian masalah agar Sistem Online dapat dikendalikan dengan lancar.

Mohon kerjasama kepada semua pengurusan operasi zon agar memaklumkan memo ini kepada cawangan / Gudang Zon / Halal Mart dan Kiosk di zon masing-masing secepat mungkin.

Sekian , harap maklum.

Sabtu, 9 Oktober 2010

INFO KONVEK DAN MILAD

Salam pada seluruh warga HPA seluruh Nusantara.
Berikut adalah info awal mengenai Milad Indonesia dan Konvek Nasional di Malaysia.

1. Milad Indonesia: Tanggal:16hb Jan 2011
Jam 0800 hingga 1600 waktu Indonesia Barat
Lokasi: Spot Mall, Kelapa Gading, Jakarta

2. Konvek Nasional: Tanggal: 5hb Feb 2011
Jam 0800 hingga 1600 waktu Malaysia
Lokasi: Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.

Sehubungan dengan itu tuan dan puan adalah di minta untuk membuat persiapan awal bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Sekian. Wasallam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...