Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Sabtu, 31 Disember 2011

PEMBAYARAN DIVIDEN 2010

Alhamdulilah.Untuk makluman semua anggota kowahida, pihak Kowahida telah membuat pembayaran dividen bermula pada 29 Disember 2011 (Khamis) kepada semua anggota yang masih belum menerima pembayaran dividen 2010.

Bagi pembayaran melalui bank selain bank islam, tuan/puan boleh membuat semakan pembayaran tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja. Manakala untuk pembayaran dividen melalui cek, pembayaran tersebut mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Sekiranya tuan/puan ingin memohon dimasukkan terus ke akaun bank, tuan/puan perlu memaklumkan nombor akaun kepada pihak kowahida terlebih dahulu pada kadar segera. Sila hubungi pegawai yang terlibat iaitu En.Farizan @ En.Aizat di talian 04-9773813 / 04-9760860.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan. Kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Khamis, 29 Disember 2011

Perlantikan Pengurus Besar AWM baru

Salam, adalah dimaklumkan kepada semua ahli diseluruh Malaysia bahawasanya EN NOR IZHAM BIN MOHD NOOR telah dilantik sebagai Pengurus Besar (GM) AWM yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2012. Semua urusan berkaitan anak syarikat AWM tertakluk kepada arahan beliau. Sekian harap maklum.

Selasa, 27 Disember 2011

Montaj Pelancaran Website hpanet.my

Khamis, 22 Disember 2011

Kursus Budaya Kerja Cemerlang

Kursus budaya kerja cemerlang anjuran HPA Industries Sdn. Bhd. telahpun diadakan pada 23hb & 24hb Disember bertempat di Kompleks Wahida, jejawi Perlis. Kursus ini dihadiri oleh kakitangan HPA yang terpilih untuk mengikuti selama sehari di Dewan Amir Ramadhan bermula jam 9.00 pagi slot Pembangunan kendiri sehinggalah jam 5.00 ptg slot soalselidik.

Kursus Budaya Kerja Cemerlang ini merupakan kali kedua diadakan ,setelah selesai di HPAic. Semua slot kursus disampaikan oleh PJS Mohd Ismahali hj Ismail (Koordinator/Motivator Program). Kepada semua peserta program diucapkan tahniah dan HPA boleh!!!.

HPA lancar laman web rasmi baru


Shah Alam,Selangor - Laman Web HPA terbaru kini dilancarkan semasa Majlis Insentif 2011 pada 17hb Disember yang lalu. Hpanet.my merupakan laman web rasmi bagi Syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai www.hpa.com.my, namun demikian laman web hpa.com.my masih lagi kekal sebagai laman web alternatif HPA selepas hpanet.my.

Kewujudan hpanet.my adalah merupakan inisiatif dari Pengarah Urusannya, Tn Hj Ismail Ahmad yang mahukan sebuah laman web yang segar dan baru serta bercirikan antarabangsa. Seiring dengan motonya Kecukupan Produk Halal Tanggungjawab Bersama maka HPA bergerak didalam dunia Internet melalui hpanet.my, kesemua link website anak syarikat dan juga blog-blog pilihan dikumpulkan di hpanet.my , ini memudahkan para ahli HPA untuk mendapatkan segala maklumat terkini hanya dengan satu klik dan mudah untuk dilayari oleh semua. -AWM

Khamis, 15 Disember 2011

Memo - Majlis Anugerah Insentif 2011

Merujuk kepada perkara di atas. Majlis Anugerah Insentif 2011 akan berlangsung pada 17 Disember 2011 di HPAiC, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Pihak kami amat berbesar hati menjemput tuan/puan bersama-sama untuk menjayakan program tersebut. Kepada semua PJS Seluruh Malaysia kecuali Borneo adalah di WAJIBKAN hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut .

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Nurul Atikah di HPAiC di talian 03-5512 8717. Keperihatinan dan kerjasama pihak tuan / puan bagi menjayakan program ini diucapkan ribuan terima kasih. Sekian , harap maklum.

Senarai nama ahli yang maintain 300 nm boleh rujuk disini SENARAI NAMA LAYAK INSENTIF 2011

Senarai nama Penerima Insentif Samsung Galaxy Tab 10.1 boleh rujuk disini SENARAI NAMA PENERIMA INSENTIF

Rabu, 14 Disember 2011

Majlis Anugerah Insentif 2011


KAPSUL HPA TIADA UNSUR DNA BABI


Unipeq UKM SAHKAN KAPSUL HPA TIADA UNSUR DNA BABI

Sabtu, 10 Disember 2011

PINTAR HERBA SIRI 3

Makluman, PINTAR HERBA SIRI 3 akan diadakan di HPAiC dan Taman BOTANI Negara pada 26hb Dis 11. Tenaga pengajar adalah P.U HPA Industries Sdn Bhd sendiri, Tn Hj Ismail Hj Ahmad, InsyaAllah. Selama 1 hari 1 malam bermalam di taman botani, bayaran hanya RM 150 shj, termasuk makan, penginapan, sijil dan lain-lain. Tempat & aktiviti menarik. Pendaftaran, sms ke no. 0194554564@0124175370.

Jumaat, 9 Disember 2011

Pejabat Kowahida telah berpindah

UNTUK MAKLUMAN SEMUA ANGGOTA, PEJABAT KOWAHIDA TELAH BEROPERASI DI JEJAWI ARAU PERLIS SEPERTI ALAMAT BERIKUT. SEMUA URUSAN BERKAITAN KOWAHIDA BOLEH DIBUAT DI PEJABAT TERSEBUT.

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
NO 26, TINGKAT BAWAH, TAMAN UTARA JEJAWI,
JALAN JEJAWI SEMATANG, 02600
ARAU PERLIS.

TEL: 04-9773813 / 04-9760860 FAKS: 04-9773812

Rabu, 7 Disember 2011

Memo pertukaran hadiah Insentif ESP 2011

Isnin, 5 Disember 2011

Gambar PKLP di HPAic 3 Disember 2011

Khamis, 1 Disember 2011

Galeri Gambar PKLP Ipoh, Perak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...