Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Jumaat, 1 April 2011

Profil Syarikat

Pengenalan
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 melalui anak syarikatnya iaitu Al Wahida Marketing Sdn Bhd dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya.

Lebih 300 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 2000 jenis produk lagi pada masa akan datang. Pada tahun 2010 HPA telah membeli bangunan setinggi 13 tingkat Laman Seri Business Park di Seksyen.13 Shah Alam. Bernilai RM54 juta.Ahli HPA di Malaysia kini seramai 700,000 orang, Indonesia 400,00 Orang, Brunei 10,000 orang, Thailand 20,000 orang dan Kemboja 3,000 orang. Jumlah Cawangan sebanyak 200 cawangan dengan 37 cawangan utama.

Jualan tertinggi pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga mempunyai perniagaan lain seperti 11 buah restoran makanan segera-Radix Fried Chicken (RFC),perhotelan-El Zahraa Inn,restoren masakan cina-Radix Oriental Cuisine (ROC),restoren organik,dan Radix Pizza House (Malaysia dan Indonesia).
Pengilangan
HPA Industries Sdn Bhd memiliki sebuah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf 'GMP' semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat ;
  1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.
  2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
  3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
  4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.
  5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
  6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
  7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Pentadbiran & Pengurusan
Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan.
HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan 1 (PU1), dibantu oleh Pengarah Urusan 2 (PU2) dan Pengurus Besar (GM) :-
  • Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
  • Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin
  • Pengurus Besar AWM, Tuan Muhammad Kamal bin Ismail
  • Pengurus Besar R & D, Tuan Abdul Ghani Bin Husain
  • Pengurus Besar Pentadbiran Dan MIS, Puan Rashidah Binti Abdul Rahim
  • Pengurus Besar Akaun, Tuan Rosli Bin Abu Bakar

Keunggulan Perniagaan HPA
  1. 100% milik Bumiputra Muslim

    Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.
  2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal

    Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.
  3. Harga murah dan berpatutan

    Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
  4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah

    HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.
  5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan

    Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
  6. Perubatan JAWI

    HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.
  7. Kebajikan

    Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.
  8. Plan Pemasaran Hebat

    Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.
  9. Latihan Keusahawanan

    Program Khas Laluan Ke Puncak Jaya diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA.
  10. Pengiklanan KOPI RADIX ® Di Media Massa

    HPA mengiklankan produknya seperti Kopi RADIX ® di TV3 dan Radio KEDAH.fm di frekuensi 97.5 fm atau layari radio streaming online www.kedahfm.gov.my setiap hari Khamis jam 2.30 petang.
  11. Koperasi Wahida Berhad

    HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...