Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Rabu, 31 Mac 2010

PELANCARAN PRODUK MELAKA HALAL HUB

Pelancaran Produk dari Melaka Halal Hub telah dirasmikan pada 29hn March 2010 oleh YB Datuk Hj Md Yunus bin Husin(pengerusi jawatankuasa Negeri, perindustrian, perdagangan, pembangunan usahawan dan koperasi negeri Melaka)Turut hadir YB Ir Hj Ismail bin Osman dan YB Datuk Hj Ghazale bin Mohamad(ADUN SERKAM), PU HPA, PU2 HPA, GM, PJS, ahli HPA telah hadir dan terima kasih atas semua pihak yangg terlibat

Melaka Halal Hub (MHH) telah mempunyai logo tersendiri dalam usaha untuk penjenamaan(branding)di pasaran. InsyaAllah HPA akan berusaha semampu mungkin sebagai “anchor”kepada teman-teman usahawan bagi mempertengahkan jenama ini di MIHAS nanti.

Jumaat, 26 Mac 2010

TAWARAN TERHAD KEPADA ANGGOTA KOWAHIDA

Blackberry Bold 9700 merupakan sebuah telefon bimbit pintar yang didatangkan dengan sokongan 3G, WiFi dan didatangkan dengan skrin HVGA, dan papan kunci QWERTY, serta kamera 3.2 megapixel dengan kebolehan auto-fokus, serta slot memori mikroSD.


SYARAT KELAYAKAN

• Anggota Koperasi Wahida HPA Bhd.
• Pengedar bertauliah Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.
• Kakitangan Kumpulan Syarikat HPA.
• Gaji/Bonus bulanan min RM 1,000 bagi 3 bulan berturut-turut

BERMINAT!

Hubungi kami dan sertakan bersama:
 Salinan Kad Pengenalan
 Pengesahan Kakitangan Syarikat HPA
 Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.

Sebarang pertanyaan hubungi En. Mohd Naim di talian 012-4944778/ 04-9773813/
04-9773814 atau emel kepada kowahida@yahoo.com

Selasa, 23 Mac 2010

Memo : PROMOSI CD HPA RAIHAN

MEMO

TARIKH : 20HB MAC 2010

KEPADA: EKSEKUTIF CAWANGAN
STAF CAWANGAN

PERKARA: PROMOSI CD HPA RAIHAN (MUSAFIR PERJUANGAN)

DARIPADA: BAHAGIAN PEMASARAN AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD
_________________________________________________________________

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan semua cawangan dan kiosk diarahkan untuk membuat hebahan CD HPA RAIHAN (MUSAFIR PERJUANGAN) di cawangan dan kiosk masing-masing. Selain itu, semua cawangan dan kiosk juga diarahkan untuk melekatkan POSTER CD HPA RAIHAN.

Semua cawangan dan kiosk dikehendaki mematuhi arahan ini dan kegagalan dari pihak tuan/puan dalam melaksanakan arahan yang diberi akan dianggap sebagai tidak mematuhi arahan syarikat dan tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada pihak tuan/puan.

Sehubungan dengan itu, kerjasama dan tindakan segera dari pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"


Yang Benar,

MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN
PENGURUS BESAR AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

Sk: Pengurus Zon
Pengurus Pentadbiran AWM
Fail Pemasaran

WATIKAH PERLANTIKAN PENSYARAH/JURULATIH KULIYYAH-KULIYYAH ITHPA

23hb March 2010: Sebentar tadi telah berlangsung majlis penyerahan Watikah Perlantikan Pensyarah/Jurulatih Kulliyah-Kulliyah ITHPA yang bertempat di Dewan ROR Bdr Ilmu HPA Sungai Petani.

31 Orang akan menerima watikah antaranya:

1.Tn Hj Ismail Bin Hj. Ahmad – PU HPA – Dekan Pengajian Pengubatan Islam/Herba
2.Ust Ahmad Ali,Pengerusi Panel Syariah – Dekan Pengajian Islam.
3.En.Abdul Ghani Bin Hussain – GM R&D – Dekan Kemahiran & Keusahawan

Pengajian islam seramai 9 orang, Kemahiran dan Keusahawan seramai 18 orang, Perubatan Herba 5 Orang

Manakala antara pensyarah diberi watikah Semua GM HPA: Hj.Fisal, Pn.Rashidah, En Faisol, En Rosli, En Radzi dan Ust Adnan

Sabtu, 20 Mac 2010

MEMO

Rujukan Kami : HPA/AWM/19/03/10/1
Rujukan Tuan :

Daripada : PEGAWAI LOGISTIK GUDANG TUNJANG

Kepada : PENGURUS-PENGURUS ZON/CAWANGAN

Tajuk : MELEKATKAN POSTER RAIHAN TERBARU DI CAWANGAN


Perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pengurus Besar AWM En Faisol Abdul Rahman telah mengarahkan supaya melekatkan poster Album HPA Raihan yang terbaru di semua cawangan dan kiosk. Semua cawangan dikehendaki mematuhi arahan ini.

CD dan poster album tebaru ini telah pun diedarkan ke gudang -gudang zon. Pihak cawangan dikehendaki berhubung dengan gudang zon masing-masing sekiranya stok tidak diterima.

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"



Yang Menjalankan Tugas,


MOHD FALLAH BIN AZIZAN
Pegawai Logistik gudang Tunjang

MAJLIS PERASMIAN PRODUK MELAKA HALAL HUB


Klik pada imej bagi paparan lebih jelas..

Assalamualaikum..
Makluman dan hebahan

Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert Nasyid Raihan

Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.
Masa : 10.00 Pagi dan 8.00 Malam.

Tetamu Kehormat :

  1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin

  2. YB Ar. Hj. Ismail bin Othman

  3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah

  4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad

  5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.


Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita...

Sekian dimaklumkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...