Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Khamis, 18 Mac 2010

PANDANGAN PANEL SYARIAH MENGENAI INSENTIF KONVEK 2009

KONVEK 2009 HPA telah menawarkan ganjaran berikut kepada pengedar yang mencapai tahap jualan yang ditetapkan. Ganjaran tersebut adalah seperti berikut:

“Top 20 akan mendapat ganjaran mengerjakan ibadah haji suami isteri @ kereta @ RM30,000 tunai.”

Pihak pengurusan memohon supaya Panel Syariah memutuskan masalah berikut:

Pengedar yang layak mendapat ganjaran berkenaan telah memilih untuk menolak ganjaran menunaikan haji tetapi menukarkannya dengan ganjaran wang tunai. Apakah pandangan Panel Syariah berhubung dengan perkara berkenaan?

Panel Syariah telah mengemukakan pandangan seperti berikut:

“Sekiranya penerima ganjaran telah menunaikan ibadah haji atau umrah dan memilih untuk mengambil ganjaran wang tunai, maka syarikat hendaklah menunaikan pilihan penerima iaitu membayar ganjaran wang tunai.”

“Tetapi, sekiranya penerima ganjaran belum menunaikan ibadah haji atau umrah tetapi memilih untuk mengambil ganjaran wang tunai, maka:

1. Pihak syarikat hendaklah terlebih dahulu menasihati penerima ganjaran supaya menunaikan ibadah haji atau umrah.

2. Setelah dinasihati, penerima ganjaran tetap dengan keputusan untuk mengambil ganjaran wang tunai, maka syarikat hendaklah menunaikan pilihan penerima ganjaran.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...