Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Isnin, 11 Oktober 2010

MAKLUMAN KEPADA PENGURUS DAN STAF CAWANGAN

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa semua cawangan tidak dibenarkan menyimpan fail atau dokumen peribadi (video,gambar,lagu,dan software yang tidak berkenaan) di dalam komputer cawangan masing-masing.

Tempoh masa yang diberikan kepada setiap cawangan adalah selama seminggu bermula dari tarikh memo ini dikeluarkan supaya fail atau dokumen peribadi tersebut tiada dalam simpanan komputer di cawangan.

Sekiranya terdapat cawangan yang tidak mematuhi arahan ini, tindakan segera akan diambil.

Oleh yang demikian, kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...