Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Khamis, 14 Julai 2011

LAWATAN DELEGASI MARA KE IBUPEJABAT HPA PERLIS

KANGAR 14 JULAI : Seramai 11 orang dari Ibupejabat MARA Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke HPA Industries Sdn. Bhd. di Jejawi Perlis hari ini. Delegasi MARA terdiri daripada Pengarah-pengarah MARA Negeri yang diketui oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA (Usahawan), Tn. Hj. Mohd Rosdi Bin Hj. Ismail sudi melawat kilang-kilang dan pejabat pemasaran HPA di sekitar Perlis dan Kedah. Turut mengiringi delegasi tersebut  ialah Pn Fuziah Ahmad, dari Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Ustaz Abdul Samad Ayob serta En. Shardi Elvisly wakil dari HPA.

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara MARA dan HPA dalam membentuk usahawan HPA yang berdaya saing. Dalam pada itu kesemua delegasi diraikan di restoran makanan segera milik HPA, Radix Fried Chicken cawangan Pangakalan Asam, Kangar.

1 ulasan:

  1. Antara yang hadir iailah :
    Pengarah, MARA Negari Perlis
    Pengarah, Mara Negeri Kedah
    Pengarah, MARA Negeri pulau Pinang
    Ketua Penolong Pengarah, MARA Negeri Perak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...