Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Rabu, 31 Mac 2010

PELANCARAN PRODUK MELAKA HALAL HUB

Pelancaran Produk dari Melaka Halal Hub telah dirasmikan pada 29hn March 2010 oleh YB Datuk Hj Md Yunus bin Husin(pengerusi jawatankuasa Negeri, perindustrian, perdagangan, pembangunan usahawan dan koperasi negeri Melaka)Turut hadir YB Ir Hj Ismail bin Osman dan YB Datuk Hj Ghazale bin Mohamad(ADUN SERKAM), PU HPA, PU2 HPA, GM, PJS, ahli HPA telah hadir dan terima kasih atas semua pihak yangg terlibat

Melaka Halal Hub (MHH) telah mempunyai logo tersendiri dalam usaha untuk penjenamaan(branding)di pasaran. InsyaAllah HPA akan berusaha semampu mungkin sebagai “anchor”kepada teman-teman usahawan bagi mempertengahkan jenama ini di MIHAS nanti.

Jumaat, 26 Mac 2010

TAWARAN TERHAD KEPADA ANGGOTA KOWAHIDA

Blackberry Bold 9700 merupakan sebuah telefon bimbit pintar yang didatangkan dengan sokongan 3G, WiFi dan didatangkan dengan skrin HVGA, dan papan kunci QWERTY, serta kamera 3.2 megapixel dengan kebolehan auto-fokus, serta slot memori mikroSD.


SYARAT KELAYAKAN

• Anggota Koperasi Wahida HPA Bhd.
• Pengedar bertauliah Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.
• Kakitangan Kumpulan Syarikat HPA.
• Gaji/Bonus bulanan min RM 1,000 bagi 3 bulan berturut-turut

BERMINAT!

Hubungi kami dan sertakan bersama:
 Salinan Kad Pengenalan
 Pengesahan Kakitangan Syarikat HPA
 Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.

Sebarang pertanyaan hubungi En. Mohd Naim di talian 012-4944778/ 04-9773813/
04-9773814 atau emel kepada kowahida@yahoo.com

Selasa, 23 Mac 2010

Memo : PROMOSI CD HPA RAIHAN

MEMO

TARIKH : 20HB MAC 2010

KEPADA: EKSEKUTIF CAWANGAN
STAF CAWANGAN

PERKARA: PROMOSI CD HPA RAIHAN (MUSAFIR PERJUANGAN)

DARIPADA: BAHAGIAN PEMASARAN AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD
_________________________________________________________________

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan semua cawangan dan kiosk diarahkan untuk membuat hebahan CD HPA RAIHAN (MUSAFIR PERJUANGAN) di cawangan dan kiosk masing-masing. Selain itu, semua cawangan dan kiosk juga diarahkan untuk melekatkan POSTER CD HPA RAIHAN.

Semua cawangan dan kiosk dikehendaki mematuhi arahan ini dan kegagalan dari pihak tuan/puan dalam melaksanakan arahan yang diberi akan dianggap sebagai tidak mematuhi arahan syarikat dan tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada pihak tuan/puan.

Sehubungan dengan itu, kerjasama dan tindakan segera dari pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"


Yang Benar,

MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN
PENGURUS BESAR AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

Sk: Pengurus Zon
Pengurus Pentadbiran AWM
Fail Pemasaran

WATIKAH PERLANTIKAN PENSYARAH/JURULATIH KULIYYAH-KULIYYAH ITHPA

23hb March 2010: Sebentar tadi telah berlangsung majlis penyerahan Watikah Perlantikan Pensyarah/Jurulatih Kulliyah-Kulliyah ITHPA yang bertempat di Dewan ROR Bdr Ilmu HPA Sungai Petani.

31 Orang akan menerima watikah antaranya:

1.Tn Hj Ismail Bin Hj. Ahmad – PU HPA – Dekan Pengajian Pengubatan Islam/Herba
2.Ust Ahmad Ali,Pengerusi Panel Syariah – Dekan Pengajian Islam.
3.En.Abdul Ghani Bin Hussain – GM R&D – Dekan Kemahiran & Keusahawan

Pengajian islam seramai 9 orang, Kemahiran dan Keusahawan seramai 18 orang, Perubatan Herba 5 Orang

Manakala antara pensyarah diberi watikah Semua GM HPA: Hj.Fisal, Pn.Rashidah, En Faisol, En Rosli, En Radzi dan Ust Adnan

Sabtu, 20 Mac 2010

MEMO

Rujukan Kami : HPA/AWM/19/03/10/1
Rujukan Tuan :

Daripada : PEGAWAI LOGISTIK GUDANG TUNJANG

Kepada : PENGURUS-PENGURUS ZON/CAWANGAN

Tajuk : MELEKATKAN POSTER RAIHAN TERBARU DI CAWANGAN


Perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pengurus Besar AWM En Faisol Abdul Rahman telah mengarahkan supaya melekatkan poster Album HPA Raihan yang terbaru di semua cawangan dan kiosk. Semua cawangan dikehendaki mematuhi arahan ini.

CD dan poster album tebaru ini telah pun diedarkan ke gudang -gudang zon. Pihak cawangan dikehendaki berhubung dengan gudang zon masing-masing sekiranya stok tidak diterima.

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"



Yang Menjalankan Tugas,


MOHD FALLAH BIN AZIZAN
Pegawai Logistik gudang Tunjang

MAJLIS PERASMIAN PRODUK MELAKA HALAL HUB


Klik pada imej bagi paparan lebih jelas..

Assalamualaikum..
Makluman dan hebahan

Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert Nasyid Raihan

Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.
Masa : 10.00 Pagi dan 8.00 Malam.

Tetamu Kehormat :

  1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin

  2. YB Ar. Hj. Ismail bin Othman

  3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah

  4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad

  5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.


Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita...

Sekian dimaklumkan...

PU Lancar Produk Terbaru

17hb March 2010. 4 Produk baru telah dilancarkan oleh PU HPA di Hotel De Palma Ampang Pada Jam 9.00 Malam turut hadir PU2 Haji Fisal Tajudin, GM AWM En. Mohammad Faisol Abdul Rahman, GM MIS Dan Pentadbiran Puan Rasidah, GM R7D En. Ghani, GM Akaun En Rosli. Telah dihadiri lebih 1000 ahli dan pendokong HPA. Kumpulan HPA Raihan telah membuat persembahan yang hebat pada malam itui.

Khamis, 18 Mac 2010

HPA RAIHAN DI SPM TV1

Saksikan HPA Raihan di selamat pagi malaysia esok(19 march 2010), Jam 7.00 pagi – 9.00 pagi, pelancaran album baru Musafir Perjuangan

Hebahkan…Produk Halal Tanggungjawab Bersama. jangan lupa beli CD HPA Raihan Musafir Perjuangan dan selawatheraphy beserta Raihan Fragrance di Cawangan HPA Seluruh Negara

PANDANGAN PANEL SYARIAH MENGENAI INSENTIF KONVEK 2009

KONVEK 2009 HPA telah menawarkan ganjaran berikut kepada pengedar yang mencapai tahap jualan yang ditetapkan. Ganjaran tersebut adalah seperti berikut:

“Top 20 akan mendapat ganjaran mengerjakan ibadah haji suami isteri @ kereta @ RM30,000 tunai.”

Pihak pengurusan memohon supaya Panel Syariah memutuskan masalah berikut:

Pengedar yang layak mendapat ganjaran berkenaan telah memilih untuk menolak ganjaran menunaikan haji tetapi menukarkannya dengan ganjaran wang tunai. Apakah pandangan Panel Syariah berhubung dengan perkara berkenaan?

Panel Syariah telah mengemukakan pandangan seperti berikut:

“Sekiranya penerima ganjaran telah menunaikan ibadah haji atau umrah dan memilih untuk mengambil ganjaran wang tunai, maka syarikat hendaklah menunaikan pilihan penerima iaitu membayar ganjaran wang tunai.”

“Tetapi, sekiranya penerima ganjaran belum menunaikan ibadah haji atau umrah tetapi memilih untuk mengambil ganjaran wang tunai, maka:

1. Pihak syarikat hendaklah terlebih dahulu menasihati penerima ganjaran supaya menunaikan ibadah haji atau umrah.

2. Setelah dinasihati, penerima ganjaran tetap dengan keputusan untuk mengambil ganjaran wang tunai, maka syarikat hendaklah menunaikan pilihan penerima ganjaran.”

Rabu, 17 Mac 2010

PELANCARAN ALBUM BARU HPA RAIHAN - LIVE

17hb March 2010. De Palma Ampang

Mulai jam 8.30 Malam – 12.00 terngah malam
Pelancaran oleh Pengarah Urusan HPA

Produk yang dilancarkan Album Baru Kumpulan HPA Raihan, 2 jenis minyak wangi HPA raihan dan Minuman RTD Asam Jawa

ikuti di http://hpa.com.my/hpa.fm

Selasa, 16 Mac 2010

PELANCARAN ALBUM BARU HPA RAIHAN DAN PRODUK BARU



Sila klik imej untuk paparan lebih jelas.

Majlis pelancaran produk baru dan album baru HPA Raihan sedang berlangsung:
Tarikh : 17hb March 2010 (Rabu)
Jam : 8.00 Malam
Tempat : De Palma Ampang

Bersama :
Tn. Hj. Ismail b. Ahmad (Pengarah Urusan 1 ),
Tn. Hj. Fisal b. Ahmad Tajuddin (PU 2)
Ust Adnan Bin Fadzil (GM AWM / Pengurus Zon Tengah)
En. Mohd. Faisol b. Abd. Rahman (GM AWM / Pengurus Zon Borneo & International)

Kerusi terhad : 700 orang ( dalam Ballroom ).

LCD Plasma Besar akan disediakan di luar Ballroom

Datang ramai-ramai. Bawa prospek dan rangkaian anda. CUTI SEKOLAH…… PERCUMA !

PERTANDINGAN GUBAHAN SACHET KOPI RADIX

HPA kini menganjurkan pertandingan gubahan kraf tangan menggunakan sachet kopi radix diperingkat zon-zon . Mereka yang berminat bolehlah menghantar gubahan mereka di mana-mana cawangan HPA yang terdekat. Bagi pemenang akan menerima wang tunai RM300(pertama), RM200(kedua) dan RM100 (ketiga) sementara RM50 untuk hadiah saguhati(10 orang).

Pertandingan ini memberi peluang kepada ahli-ahli HPA terutama wanita untuk menampilkan bakat melalui hobi yang mereka minati. Penghantaran gubahan mestilah tidak lewat dari akhir bulan ini. Hadiah ini akan dikeluarkan mengikut zon-zon kepada ahli di bawah negeri kendalian masing-masing.

PERASMIAN PEJABAT BARU HPA INDONESIA

Pada 12hb March 2010, HPA Indonesia mendapat Kantor baru di Lantai 8 Menara Salemba, Jalan Salemba Raya Jakarta Pusat. 500 meter dari kantor lama. Kantor baru ini yang lebih luas telah dirasmikan oelh pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad.
Alhamdulillah HPA di Indonesia kini semakin berkembang dengan penjualan yang begitu hebat sekali. Kini HPA dengan 15 cabang dan akan bertambah lagi beberapa buah cabang dalam waktu terdekat. Syukur kerana kita semua telah berjaya keluar dari kepongpong yang selama ini menjadi hambatan dan rintangan yang berlaku selama ini.
Kini Kantor Pusat PT AWMIT berubah wajah dengan lebih mantap
Kepada Pengedar yang ingin menghubungi HPA Indonesia, mohon ke alamat seperti berikut;

PT AWMIT
Gedung Menara Salemba Jl Salemba Raya No 5
Lantai 8, Jakarta Pusat.
No Telp: +622139842950
No Fax : +622139842951
email: awmit@hpa-it.com
website:www.hpa-it.com

Jumaat, 12 Mac 2010

MHI TV3 BERSAMA HPA RAIHAN

12hb March 2010 HPA Raihan akan berada di MHI TV3. jam 7.45 a.m dan 9.45 a.m. HPA juga menaja makan pagi krew MHI TV3

Khamis, 11 Mac 2010

SIJIL HERBALIS 18 SEDANG BERLANGSUNG

11hb – 31hb March 2010 berlangsung Sijil Herbalis 18. 62 peserta dari Malaysia, Brunai, Thailand, Indonesia dan kemboja akan mengikuti kursus perubatan jawi dan thibbun nabawi bersama Rektor KPJ, Tn Haji Ismail bin Hj. Ahmad dan doktor-doktor.

PROGRAM PBC MAC 2010

6-7 MAC

1. Rumah Rehat Bentong : RM 150 : PJS Fatin (013 3962550)
2. Pusat Zakat Selangor,PULAZ, MAIS, Shah Alam: RM 150 : PJS Habshah ( 019 3337245)
3. D Anjung Inn Tangkak : RM 150 : PJS Rosli Daus (019 6655637)
4. Masjid AlGhufran, TTDI : RM 150 : PJS Jamaluddin (013 9812655)
5. Hotel Sri Malaysia, Ipoh Perak : RM 150 : PJS Khalilah (019 4288416)/ PJ Cg Sani- 013 6641872)
6. Hay Resort, Sabak Bernam : RM 150 : PJS Hj. Marjuni (019 3835008)
7. Ayer Kroh Country Resort Melaka : RM150
8. Allson Klana Nilai : RM170 : PJS Siti Habibah Yusof

13-14 MAC

1. Hotel De Palma Shah Alam : RM 180 : PJS Norliah (012 3190132)
2. Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas : RM 180.00 :PJS Syed Ageel (013-4882778)

17-18 APRIL
1. Hotel Seri Malaysia, Ipoh: PJ NAWAWI (012-4678156) atau PJS MOHD ASERI HANAPIAH (019-4700512)


20-21 MAC

1. Pusat Dakwah Paroi, Senawang NS : RM150 : PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman
2. Hotel Adamson Kuala Lumpur : RM150 : PJS Abdul Yadie (019-2692072)


27-28 MAC

1. Kompleks Rakan Muda, Sementa : RM 150 : PJS Asri (019 2398620)
2. Hotel Sri Alam (Anjung Rahmat): RM 150 : PJS Abdullah (012 6849263)
3. Pusat Belia Antarabangsa Bdr Tun Razak KL : RM150 : PJS Cikgu Murad Abu Bakar

KURSUS PTB SESI APRIL 2010


** Kini kembali dibuka untuk pendaftaran bagi sessi APRIL 2010.

** TERHAD kepada 50 penyertaan sahaja.

** Sila pastikan pihak tuan/puan membuat konfirmasi kekosongan tempat dengan pihak penganjur sebelum menjelaskan apa-apa pembayaran.

** Pihak penganjur tidak dapat menerima pendaftaran terus ditempat kursus (walk in) tanpa membuat pembayaran awal bagi tempahan penyertaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tempat dengan peserta yang telah membuat tempahan awal.

** Penerimaan borang pendaftaran serta bukti pembayaran perlu disahkan oleh pihak penganjur sebelum menghadiri kursus.

** Hanya peserta yang menghantar/fax borang pendaftaran yang lengkap akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk tujuan berikut:

1. mengesahkan penerimaan borang pendaftaran & bukti pembayaran.

2. mengesahkan kehadiran.

3. menyemak & mengemas kini data peserta.

** Sila berhubung kembali dengan pihak penganjur atau terus ke 0194749717 (sms/call) selewat-lewatnya 5 hari sebelum bermulanya kursus sekiranya pihak tuan/puan gagal dihubungi oleh pihak penganjur untuk membuat pengesahan diatas.

Sekian & terima kasih. Harap Maklum.

Bertempat di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi, Perlis.

** Pembetulan: slip bukti pembayaran & borang pendaftaran difaxkan ke talian berikut: 04-4429171

PELANCARAN PRODUK BARU

Tarikh : 17hb March 2010 Jam : 8.30 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)

Antaranya :
Album Baru Kunmpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy”
Aroma terapi HPA Raihan….

Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya.

Isnin, 8 Mac 2010

KEMBARA HERBA BERSAMA PU

Pengarah Urusan telah bersetuju kembara herba boleh disertai kaum muslimat. Pertukaran ke Kembara Herba Ke Gunung Jerai. Penginapan di Dewan Umar Mukhtar (atas RFC Legenda Hights) .

21hb March 2010
08.00 Pagi – Daftar Dewan Umar Mukhtar(RFC Lagenda Hights)
10.00 Pagi – Menaiki Gunung Jerai
06.00 Petang – Pulang ke Dewan Umar Mukhtar
08.00 Malam – Kuliah Herba oleh Pengarah Urusan HPA

22hb Marh 2010
8.00 pagi – 5.00ptg – Kuliah Jawi Medical Herb bersama Pengarah Urusan HPA

Daftar segera ahli Kelab Kembara Radix Cuma RM100.00. +60139299944

Sabtu, 6 Mac 2010

JENAZAH MUHAMMAD KHAIRI B.ISMAIL DIJUMPAI 3KM DARI LOKASI KEJADIAN

Pada jam 5.30 tadi jenazah Muhammad Khairi b.Ismail dijumpai 3km dari tempat kejadian.Dijumpai oleh staf HPA Zon Timur yang turut membantu mencari. Muhammad Khairi putera ke 4 AGM Zon Timur En.Ismail Omar telah didapati hilang bawah arus deras Sg. Kubur Dala, Kuala Kerai Kelantan pada 6.00 ptg semalam.
Jenazah telah dibawa ke Hospital Kuala Krai pada jam 6.00 petang dan telah dimandi dan kapan dihospital iu juga. Pada lebih kurang Jam 10.00 malam mayat akan disembahyangkan dan dikebumikan di Masjid Bandar Kuala Krai Kelantan.

Turut hadir ke tempat kejadian dan hospital ialah GM Akaun En.Rosli, AGM Zon Selatan Pn. Zaimah dan suami, Webmaster En.Mahadi, En Zairul Cola Radix, Pn Ros Zaiton Ilham Holidays dan staf zon timur yang juga turut mencari.

En.Ismail Omar memohon maaf kerana tidak dapat mangangkat panggilan telefon dan membalas sms daripada orang ramai. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas perhatian semua. Pengarah Urusan HPA juga telah membuat beberapa panggilan dan sms. Dan telah menhantar wakilnya GM Akaun En Rosli

Semoga Allah mencucuri Allahyarham Muhammad Khairi..Al Fatihah.

Jumaat, 5 Mac 2010

ANAK AGM HPA PANTAI TIMUR HILANG DISUNGAI

WARGA HPA. Mari kita berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah supaya anak lelaki EN ISMAIL AGM HPA ZON PANTAI TIMUR, Muhammad Khairi (17 Tahun) yang telah dilaporkan hilang di Sungai Kubur Dala, Kuala Krai Kelantan 2 KM dari rumah keluarga En.ismail dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Anak ini hilang semasa mencari etak (siput kecil ).Pihak bomba yang membuat pencarian gagal menjumpai sehingga maghrib tadi. Lebih kurang jam 8.00 malam pihak hentikan pencarian kerana gelap. Bomba akan membuat pencarian semula pagi esok

DOA MOGA DI JUMPAI DGN SELAMAT.AMIN

SERBUAN KE KILANG MASTER RADIX







Isnin, 1 Mac 2010

MAKLUMAN RCH KOTA BHARU

RCH Kota Bahru akan mulai beroperasi pada 5hb March 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...