Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Khamis, 14 Julai 2011

LAWATAN DELEGASI MARA KE IBUPEJABAT HPA PERLIS

KANGAR 14 JULAI : Seramai 11 orang dari Ibupejabat MARA Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke HPA Industries Sdn. Bhd. di Jejawi Perlis hari ini. Delegasi MARA terdiri daripada Pengarah-pengarah MARA Negeri yang diketui oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA (Usahawan), Tn. Hj. Mohd Rosdi Bin Hj. Ismail sudi melawat kilang-kilang dan pejabat pemasaran HPA di sekitar Perlis dan Kedah. Turut mengiringi delegasi tersebut  ialah Pn Fuziah Ahmad, dari Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Ustaz Abdul Samad Ayob serta En. Shardi Elvisly wakil dari HPA.

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara MARA dan HPA dalam membentuk usahawan HPA yang berdaya saing. Dalam pada itu kesemua delegasi diraikan di restoran makanan segera milik HPA, Radix Fried Chicken cawangan Pangakalan Asam, Kangar.

Bengkel ESP Zon Utara

Jumaat, 8 Julai 2011

Laporan Ringkas Taklimat Akujanji PJS

Ada beberapa hal yang dapat kita buat kesimpulan hasil dari Taklimat Akujanji PJS;

1. Permohonan PJS hendaklah dibuat melalui Pejabat Latihan Zon setelah sesaorang Pengedar merasakan beliau layak untuk di pertimbangkan ke status.

2. Syarat utama melepasi kelayakan untuk di nilai sebagai PJS adalah pencapaian bonus terkini RM 1000.00, Pangkat PJ, keaktifan dalam Siri Program ESP dan program yang lain, tidak melibatkan diri dalam mana mana JUALAN LANGSUNG (MLM,SLM, Jualan langsung internet sistem, Binary, Piramid dan apa apa bentuk yang di kategorikan ujud unsur penajaan dan pembinaan rangkaian) dan komited. Semua ini akan diberikan permarkahan secara merit dan sebahagiannya adalah secara mandatori.

Isnin, 4 Julai 2011

Info Terkini Buat PJS Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa pemberian Bonus SETIA dan Bonus Generasi Pangkat 6 ke 10 adalah diberikan secara Konsep HIBBAH.
Salah satu syarat utama adalah tidak melibatkan diri dalam mana-mana Jualan Langsung sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Yang di maksudkan dengan Jualan Langsung adalah MLM, SLM, Skim Cepat Kaya, Skim Surat Berantai, Binary, Piramid, Skim Pembinaan Jaringan Melalui Internet dan yang lainnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...