Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Khamis, 28 April 2011

PROGRAM ESP KEDAH DI CINTA SAYANG GOLF & COUNTRY RESORT

Adalah dimaklumkan bahawa Program ESP Kedah akan diadakan seperti berikut :


Program : ESP Kedah
Tarikh : 30hb April 2011 (Sabtu)
Tempat : Cinta Sayang Golf & Country Resort, Jalan Kelab Cinta Sayang, 08000, Sungai Petani, Kedah.


Lokasi Cinta Sayang Golf & Country Resort


View Larger Map

Rabu, 27 April 2011

RALAT : PERUBAHAN TEMPAT PROGRAM ESP

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tempat bagi Program ESP seperti berikut :


Program : ESP Terengganu
Tarikh : 07hb Mei 2011 (Sabtu)
Tempat : Terengganu Equestrian Resort (TER), PT 1969 Mukim Kuala Ibai, Jalan Sultan Mahmood, 20400 Kuala Ibai, Terengganu Darul Iman.

Lokasi TER

View Larger Map

Program : ESP Perak
Tarikh : 14hb Mei 2011 (Sabtu)
Tempat : Hotel Seri Malaysia 10406 Jalan Sturrock, 30350 Ipoh, Perak. Tel: 05-2412936

Lokasi Hotel Seri Malaysia

View Larger Map

Selasa, 26 April 2011

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) khas ESP Shahab Perdana

Jemputan kepada semua ahli HPA untuk hadir ke Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) khas ESP yang akan diadakan di Cawangan Shahab Perdana pada 27hb April 2011 (Rabu)  jam 8.30 mlm. Kuliah akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tn Hj Ismail Ahmad. Para ahli HPA juga boleh mendapatkan 5 produk utama dipasar ESP yang akan disediakan pada malam esok. Sekian harap maklum.

lagi mengenai KPJ ESP Shahab Perdana sila layari http://www.hpa.com.my/hpaic/?p=2243

Selasa, 19 April 2011

ESP-REAL BUSINESS

MOTO - KECUKUPAN PRODUK HALAL DIPASARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Slogan Moto ini harus di fahami dengan jelas bahawa tanggungjawab mencukupkan produk HALAL adalah terletak pada syarikat dan juga para pemimpin.

SYARAT DAN YURAN PENYERTAAN PROGRAM
Orang yang wajib menjalani program ESP ialah:
  1. Orang Awam
  2. PB (Pengedar Bertauliah) atau yang berdaftar
  3. Agen Stok (Stokis, Pengurus Stokis Daerah, Pusat Jualan dan Pusat Agensi)
  4. Herbalis (Perawat Herba)
  5. Pelapis PJS (Pelapis Pengarah Jati Setia)
  6. PJS (Pengarah Jati Setia)
  7. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100.00 seorang.

KEISTIMEWAAN
  1. Yuran PBC RM 150 atau RM 180 berbanding dengan ESP hanya RM 100 seorang
  2. Tempoh program PBC 2 hari 1 malam manakala program ESP hanya  14 jam sahaja dan tidak memerlukan penginapan.
  3. Anda hanya perlu melakukan 150PV terhadap 5 produk utama pada hari ESP bagi melayakan mencapai PLX 20%

KENAPA PBC DIGANTIKAN DENGAN ESP?
  1. Program PBC tidak dihadiri oleh Pengarah Urusan HPA Tn.Haji Ismail Bin Haji Ahmad, General Manager (GM) dan Duta majalah Ikon sedangkan ESP program melibatkan pengurusan tertinggi HPA
  2. Penyertaan PBC hanya terbuka kepada pengedar bertauliah (PB) sahaja sedangkan ESP terbuka kepada semua ahli yang berdaftar dengan HPA
  3. Program PBC tidak memfokuskan kepada jualan produk utama sedangkan ESP program memfokus kepada 5 produk utama
  4. ESP ada program untuk mereka yang ingin bersama dalam dunia REAL BUSINESS

KELEBIHAN PROGRAM
  1. Pengedar bertauliah layak mendapat kenaikan pangkat  Pengurus Melati (PLX) 20% dengan syarat membuat belian produk 150 NM di Pasar ESP pada hari tersebut sahaja.
  2. Bagi mereka yang berminat menjadi stokis, setelah menghadiri program ESP ini tidak perlu lagi mengikuti Kursus khas
  3. Agen Stok bersama Pengarah dan Panel Syariah.
  4. Jualan hanya tertumpu kepada 5 produk utama dalam unit Karton sahaja.
  5. Pemeriksaan kesihatan percuma.

KESELURUHAN BENGKEL ESP

Mengambil jangka waktu 3 tahun untuk meletak diri kita sebagai usahawan MLMS HPA.
Kerja kuat dan mengikut cara kerja yang sebenar selama 3 tahun akan memperlihatkan hasil dan kejayaan dan anda adalah bakal IKON tiga tahun nanti.

JADUAL PROGRAM ESP BERDEKATAN ANDA :-

17hb April 2011, Putra Palace, Kangar Perlis,
23hb April : New Pasific Hotel, Kota Bharu.
30hb April 2011, Kelab Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah
2hb May 2011, De Palma Ampang, Selangor.
7hb May 2011, Permai Inn, Kuala Terengganu.
14hb May 2011, Heritage Hotel, Ipoh Perak.
21hb May 2011, Naza Hotel, Penang.
28hb May 2011, Grand Continental Hotel. Kuantan Pahang
4hb Jun 2011, PERSADA Johor Bharu

Ahad, 17 April 2011

Makluman terkini jadual program ESP diseluruh negara

17hb April 2011, Putra Palace, Kangar Perlis,
23hb April : New Pasific Hotel, Kota Bharu.
30hb April 2011, Kelab Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah
2hb May 2011, De Palma Ampang, Selangor.
7hb May 2011, Permai Inn, Kuala Terengganu.
14hb May 2011, Heritage Hotel, Ipoh Perak.
21hb May 2011, Naza Hotel, Penang.

Moto – Kecukupan Produk Halal Di Pasaran Tanggungjawab Bersama.
Masa : 8.30 Pagi – 11.00 Malam Cuma RM100.00 sahaja (10% untuk tabung Manhal HPA)

Jumaat, 15 April 2011

Kowahida di jangka mengistiharkan dividen 10% untuk 2010

Kowahida dijangka mengistiharkan dividen sejumlah 10% kepada para pelabur untuk tahun 2010. Pembayaran dividen akan dilakukan setelah selesai Mesyuarat agung tahunan yang dijangkan berlangsung pada bulan Jun ini.

Rabu, 13 April 2011

MEMO PRODUK BARU

Jumaat, 8 April 2011

PROGRAM USRAH DI GUNUNG JERAI

PERHATIAN Kepada Semua !!!


PROGRAM USRAH di Gunung Jerai yang akan diadakan pada 11 & 12h April 2011 telah dibatalkan diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekian Terima Kasih.

Isnin, 4 April 2011

Info khas buat seluruh pengedar Malaysia.

Salam. Di sebabkan beberapa faktor spt banjir dan kesiapan produk maka tempoh maintain pembelian di cawangan bagi bulan Mac 2011 dilanjutkan sehingga 7hb Apr 2011

Jumaat, 1 April 2011

Profil Syarikat

Pengenalan
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 melalui anak syarikatnya iaitu Al Wahida Marketing Sdn Bhd dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya.

Lebih 300 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 2000 jenis produk lagi pada masa akan datang. Pada tahun 2010 HPA telah membeli bangunan setinggi 13 tingkat Laman Seri Business Park di Seksyen.13 Shah Alam. Bernilai RM54 juta.Ahli HPA di Malaysia kini seramai 700,000 orang, Indonesia 400,00 Orang, Brunei 10,000 orang, Thailand 20,000 orang dan Kemboja 3,000 orang. Jumlah Cawangan sebanyak 200 cawangan dengan 37 cawangan utama.

Jualan tertinggi pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga mempunyai perniagaan lain seperti 11 buah restoran makanan segera-Radix Fried Chicken (RFC),perhotelan-El Zahraa Inn,restoren masakan cina-Radix Oriental Cuisine (ROC),restoren organik,dan Radix Pizza House (Malaysia dan Indonesia).
Pengilangan
HPA Industries Sdn Bhd memiliki sebuah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf 'GMP' semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat ;
  1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.
  2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
  3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
  4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.
  5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
  6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
  7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Pentadbiran & Pengurusan
Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan.
HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan 1 (PU1), dibantu oleh Pengarah Urusan 2 (PU2) dan Pengurus Besar (GM) :-
  • Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
  • Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin
  • Pengurus Besar AWM, Tuan Muhammad Kamal bin Ismail
  • Pengurus Besar R & D, Tuan Abdul Ghani Bin Husain
  • Pengurus Besar Pentadbiran Dan MIS, Puan Rashidah Binti Abdul Rahim
  • Pengurus Besar Akaun, Tuan Rosli Bin Abu Bakar

Keunggulan Perniagaan HPA
  1. 100% milik Bumiputra Muslim

    Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.
  2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal

    Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.
  3. Harga murah dan berpatutan

    Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
  4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah

    HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.
  5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan

    Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
  6. Perubatan JAWI

    HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.
  7. Kebajikan

    Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.
  8. Plan Pemasaran Hebat

    Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.
  9. Latihan Keusahawanan

    Program Khas Laluan Ke Puncak Jaya diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA.
  10. Pengiklanan KOPI RADIX ® Di Media Massa

    HPA mengiklankan produknya seperti Kopi RADIX ® di TV3 dan Radio KEDAH.fm di frekuensi 97.5 fm atau layari radio streaming online www.kedahfm.gov.my setiap hari Khamis jam 2.30 petang.
  11. Koperasi Wahida Berhad

    HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...