Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Jumaat, 26 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

KAMI BAGI PIHAK AWM INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI KEPADA SEMUA WARGA KERJA HPA, PJS-PJS, PPJS,SUPPLIER SERTA AHLI-AHLI HPA DISELURUH NEGARA. MAAF ZAHIR BATIN.

Makluman Hari Cuti bagi warga AWM ialah pada 28hb Ogos hingga 1hb September 2011. Manakala cawangan akan bercuti mulai 30hb Ogos hingga 31hb Ogos 2011.

MALAM AMAL DAN BANTUAN ANAK YATIM SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI DAN BULAN KEMERDEKAAN NEGERI PERLIS.

Kepada semua:
PRESIDEN  PJS DAN PPJS
TIMBALAN PRESIDEN PJS DAN PPJS
SETIAUSAHA PJS DAN PPJS
SERTA BARISAN PJS, PPJS DAN SEMUA PENGEDAR
 
Tuan/puan:

MALAM AMAL DAN BANTUAN ANAK YATIM SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI DAN BULAN KEMERDEKAAN NEGERI PERLIS.
    
Adalah dimaklumkan bahawa pihak HPA Industries Sdn Bhd telah bekerjasama dengan  Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis(IPTIP’s) untuk menjayakan Program Malam Amal dan Bantuan Anak Yatim Sempena Sambutan Aidilfitri dan Bulan Kemerdekaan. Majlis turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis  serta Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis , YAB Menteri Besar Perlis, Exco- Exco Negeri Perlis dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis.
Berikut dinyatakan maklumat lanjut program: 

Tarikh             : 14 September 2011/16 Syawal 1432 H (Rabu) 
Tempat           : Perkarangan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP’s)
Masa               : 5.00 petang-10.30 malam
Penyertaan    : Masyarakat sekitar
                       : Anak-anak Yatim Negeri Perlis

Panduan berpakaian: Lelaki(baju batik), Perempuan(baju batik/ jubah)
Kehadiran VVIP
1.    Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis
2.    Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis
3.    Yang Amat Berhormat Menteri  Besar Perlis dan Jemaah Menteri
4.    Exco-exco Negeri Perlis
5.    Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis
6.    Yang Berbahagia Pengarah Urusan  HPA Industries Sdn Bhd dan isteri serta Pengurusan Tertinggi HPA
7.    Barisan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis(IPTIP’s)
  • Diraikan adalah Anak-Anak Yatim Negeri Perlis
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan/puan untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut. 
Pihak kami menyediakan dua puluh (20) meja berbayar untuk barisan PJS,PPJS dan ahli yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut. Nilai tiket makan malam amal tersebut adalah RM50.00/ seorang. Kapasiti satu meja adalah sepuluh(10) orang. Pihak tuan/puan boleh membuat tempahan atas tempahan individu ataupun tempahan berkumpulan. Pihak kami juga amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan yang ingin diberikan oleh pihak tuan/puan bagi menjayakan lagi program ini. Semoga kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis kami.
Dilampirkan bersama tentatif majlis tersebut untuk panduan pihak tuan/puan.
Semua penyertaan mestilah melalui PRESIDEN atau SETIAUSAHA kelab masing-masing dan diserahkan senarai nama pengesahan kehadiran melalui borang yang disediakan selewat-lewatnya pada 29hb Ogos 2011(isnin). PRESIDEN/SETIAUSAHA  dikehendaki menyerahkan senarai nama tersebut kepada AJK BAHAGIAN JEMPUTAN:
  1. Normalina binti Sharoni 012 529 8179/ 04 977 4715 dialamat email: dew_beater1505@yahoo.com
  2. Nor Irwani bt Abdul Rahman 013 461 8944/ 04 977 4716 dialamat email:nor_irwani87@yahoo.com
Untuk makluman tuan/puan, tiada penginapan disediakan oleh pihak syarikat, namun untuk pertanyaan tempat penginapan yang berdekatan sila berhubung dengan ajk bahagian penginapan iaitu Puan Ozaizura Bt Othman di talian 04 977 6805 @ 012 687 0773.
Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan /puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.

Tentatif program boleh di download disini TENTATIF MALAM AMAL

Selasa, 23 Ogos 2011

Jumaat, 19 Ogos 2011

Penafian berkaitan iklan didalam facebook dan juga blog

Perhatian kepada semua ahli HPA dan seluruh rangkaian laman sosial facebook dan blogger.

Berhubung dengan satu kenyataan dalam link facebook dan juga blog tertentu berkaitan dengan "HPA akan membayar satu ringgit untuk setiap yang mendaftar menjadi ahli" adalah tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan syarikat HPA Industries Sdn Bhd dan Al Wahida Marketing Sdn Bhd.

Ini adalah satu provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekian harap maklum.Terima kasih.

Khamis, 18 Ogos 2011

Rindu Radix

Selasa, 16 Ogos 2011

TEMPOH MAINTAIN 150 NILAI MATA

Sungai Petani 16 OGOS - Mesyuarat bersama KPU telah meluluskan tempoh maintain 150 pv / nilai mata boleh dibuat dalam tempoh sebulan dan boleh dibuat belian dimana-mana agen stok yangg berdaftar.
Antara Syaratnya :
  1. Borang kuning maintain 150 pv kena ambil distation utama / cwg berdekatan.
  2. Salinan sijil ESP atau bengkel perlu di lampirkan dgn invois dan borang maintain ESP.
  3. Bagi program yg berlangsung pd 25 haribulan keatas akan dikira pd bulan berikutnya.
  4. Proksi sama sekali tidak dibenarkan.
Sekian harap maklum.

Jumaat, 12 Ogos 2011

MEMO - ARAHAN PENAMATAN PENGGUNAAN CEK DALAMAN AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

MEMO - PENGGUNAAN BUKU INVOICE BARU

Al-Fatihah

Al-Fatihah diucapkan kepada En Abdullah B bahari 510951.MY01 Batu Pahat Johor diatas pemergian beliau ke rahmatullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...