Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Adalah dimaklumkan sempena Maal Hijrah 1433H, Pejabat Bahagian Pemasaran AWM, Kangar akan bercuti pada 28 November 2011 ( ISNIN) dan akan beroperasi semula pada 29 November 2011 ( Selasa).


Pihak pengurusan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H kepada semua ahli2 HPA dan juga PJS di seluruh Malaysia.

Jumaat, 25 November 2011

Galeri Gambar KPJ Khas di HPAic

Penangguhan Perlaksanaan Program

Untuk makluman kepada semua.
Disebabkan oleh keadaan banjir dibahagian Zon Timur semakin buruk, Program TOT dan PKLP di Terengganu yang dijadualkan 26hb Nov 2011 ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Segala kesulitan yang berlaku kami mohon kema'afan.
Sekian, harap maklum.

Selasa, 22 November 2011

SENARAI NAMA PJS DAN PELAPIS PJS


SENARAI NAMA PJS DAN PELAPIS PJS.



 Merujuk kepada perkara diatas.

Dilampirkan senarai nama PJS dan Pelapis PJS yang tidak dapat hadir ( bersebab ) pada program Akurjanji PJS pada 30 Nov 2011 di HPAic yang lalu.

Tuan/puan diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen tersebut sebelum perjumpaan dengan wakil Panel Syariah di ibupejabat HPA di Jejawi , Perlis :

Langkah Pertama .

  1. Surat permohonan PJS ( hendaklah dibuat oleh pemohon ).  
  2. Surat Pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Tugas dan Etika ( PJS ) yang *dilampirkan, hendaklah dibawa dan dibaca serta dicop dihadapan Pesuruhjaya Sumpah .
*Borang Tugas & Etika PJS boleh didapati di Pejabat AWM atau hubungi 04-9774716.

Semua dokumen diatas hendaklah dihantar terus atau diposkan ke alamat seperti berikut :

PEJABAT AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD.
No 311, Tingkat 1, Taman Pengkalan Asam,
Jalan Kangar-Alor Setar,
01000,Kangar
Perlis, Malaysia.
Tel/Sms : +60 04-9774716
Fax : +60 04-9775270
Email : wahida@hpa.com.my

Sekiranya semua dokumen telah lengkap , pihak syarikat akan menjemput Tuan/Puan untuk hadir ke ibupejabat HPA untuk bertemu dengan wakil Panel Syariah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai yang bertugas dibawah :

  1. Mohd Yushairi Mohamed Yusof 019-596 9870/ 04 977 6806 dialamat email : hairyputra@gmail.com
  2. Mohd Arif Fazdhilah Abu Bakar 017-677 7937 / 04 977 4716 dialamat email: arif_fazd06@yahoo.com

MAKLUMAN PEMBAYARAN DIVIDEN KEPADA ANGGOTA.

HASIL MESYUARAT ALK BERSAMA PENGARAH URUSAN 1 HPA INDUSTRIES SDN BHD, TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PEMBAYARAN DIVIDEN 2010 UNTUK ANGGOTA YANG BELUM MENERIMA AKAN DIBUAT SELEWATNYA PADA 30HB NOVEMBER 2011. OLEH YANG DEMIKIAN PIHAK KOWAHIDA MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESULITAN YANG TIMBUL.

Galeri Gambar PKLP UTHM Johor

Isnin, 21 November 2011

Pemberitahuan "Laporan Agen Stok"

PERHATIAN !!!

Kepada semua Agen Stok Seluruh Malaysia.

Tuan/Puan diminta untuk menghantar " Laporan Agen Stok " bagi jualan bulan November 2011 ke Ibupejabat (HQ HPA) sebelum atau pada tarikh 5hb Disember 2011. Sekiranya kelewatan , laporan Tuan/Puan akan diproses pada bulan berikutnya. Sekian Harap Maklum. Terima Kasih.

PKLP Ipoh


Promosi Sementara! Di Halal Mall HPAic

KPJ Khas bersama Pengarah Urusan HPA

Assalamualaikum/salam sejahtera.

Tawaran hebat kepada semua, HPAiC akan membuat promosi istimewa sempena KPJ Khas bersama P.U HPA Industries Sdn Bhd Tn Hj Ismail Hj Ismail di HPAic pada 24hb Nov (Khamis).

Rebut peluang untuk mendapatkan produk dengan harga yang sangat istimewa. Dijemput kepada semua dan sebarkan.

Sabtu, 19 November 2011

SYARAT PENAJAAN SEMULA AHLI

Permohonan untuk penajaan semula kini dibenarkan mulai 1 Januari 2012 kepada semua ahli HPA dengan syarat seperti di bawah.
  • Sekiranya seseorang ahli itu tidak maintain 50NM sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh selama enam ( 6 ) bulan daripada tarikh permohonan boleh ditaja semula.
Cara permohonan penajaan semula:-
  1. mengemukakan surat rayuan penajaan semula
  2. menyertakan salinan kad pengenalan
  3. mestilah mengisi borang pendaftaran ahli baru( Borang ahli di dalam Kit Niaga yang bernilai RM 30 ringgit ).
  4. mendapatkan pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah
  5. penukaran penajaan hanya berlaku kepada individu yang memohon sahaja
  6. downline atau rangkaian di bawah tidak sama sekali boleh di pindahkan kerangkaian yang baru
  7. Borang pendaftaran ahli baru ( RM 10 ringgit ) dalam program PKLP , tidak boleh digunakan bagi tujuan “ Penajaan Semula “.
  8. tertakluk kepada kelulusan dari pihak pengurusan HPA

Jumaat, 18 November 2011

HARGA PROMOSI JAWI WATER FILTER DI HPAIC

Berikut adalah HARGA PROMOSI BAGI PRODUK AH08 Jawi Water Filter di HPAic sahaja.

SEBELUM PROMOSI  : 


SELEPAS PROMOSI :




Untuk makluman tuan/puan nilai mata bagi produk tersebut adalah KEKAL.
Memo ini berkuatkuasa pada 17hb  November  2011. 

Kursus Herbalis kembali lagi...kini siri yang ke-21




Kursus Herbalis kembali lagi...kini siri yang ke-21. Cepat daftar segera! Jangan lepaskan peluang ini. Terhad 50 orang peserta sahaja.

Rabu, 16 November 2011

PRODUK BARU - Bedak Sejuk Puraria

MAKLUMAN PRODUK BARU 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan memasarkan produk baru  mulai sekarang . Produk tersebut dijual berdasarkan maklumat berikut:-

Isnin, 14 November 2011

Gambar PKLP Borneo

Gambar PKLP di HPAic 13 Nov 2011

Gambar PKLP Kelantan

Sabtu, 12 November 2011

JADUAL PROGRAM PKLP SEPANJANG BULAN OKTOBER & NOVEMBER 2011

9hb Oktober (Ahad) - Hotel DePalma Ampang

15hb Oktober (Sabtu) - Hotel Swiss Inn, Sg Petani

22hb Oktober (Sabtu) - Seri Malaysia, Kuantan

26hb Oktober (Rabu) - Hotel Amanpura (SP Inn), Sg Petani, Kedah.

29hb Oktober (Sabtu) - Halal Hub Serkam, Melaka

12hb November (Sabtu) - Perdana Resort Kota Bharu, Kelantan

12hb November - Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu, Sabah

13hb November - Bangunan HPAic, Shah Alam, Selangor.

19hb November - Dewan UTHM, Skudai, Johor

Jumaat, 11 November 2011

Produk Baru - Vitania

MAKLUMAN PRODUK BARU 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan memasarkan produk baru  mulai sekarang . Produk tersebut dijual berdasarkan maklumat berikut:-

Khamis, 10 November 2011

Majlis Korban Perdana di HPAic

PKLP Dewan Umar Mukhtar, Sg.Petani Kedah


Rabu, 9 November 2011

Omega 3 dan Freesia mula diedarkan esok

Kangar 9 Nov  - Produk ZH27 Omega 3 Softgel (60 biji) akan berada dicawangan mulai esok insyaAllah. Produk Freesia juga akan mula diedarkan ke semua Cawangan HPA bermula 10/11/2011 dan dijangka berada di semua cawangan sebelum berakhirnya bulan ini. Jom kita serbu cawangan HPA di seluruh Negara...Gegar!!!

Jumaat, 4 November 2011

Berita Baik !!! Produk Ubat Gigi Herba KH23

Berita Baik !!! Produk Ubat Gigi Herba KH23 akan ada di seluruh cawangan HPA pada 20hb November 2011. Nantikan kehadirannya. Gempur!!!!

Rabu, 2 November 2011

MAJLIS KORBAN PERDANA


Program tajaan HPA di Radio Kedah FM

MULAI BESOK (3/11) sehingga penghujung bulan April 2012, jam 2.30 pm - 2.45 pm, Ust Zolkarnain dan Ust Ahmad Adnan akan ke udara secara bergilir-gilir dalam program tajaan HPA di Radio Kedah FM. Sudi-sudilah mendengar Radio Kedah FM.

Selasa, 1 November 2011

Program Pintar Herba 2

Program Pintar Herba2 akan diadakan di Dewan HPA Kluang pada 3 hingga 5 Disember 2011. Latihan amali di Gunung Lambak. Terhad 60 orang terawal yang membayar. Sila bank in ke BIMB Ismail Ahmad 09010010002734. Sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Yazid ditalian 0177845660.

Gambar PKLP Serkam, Melaka


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...