Info

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Sabtu, 12 Februari 2011

MAKLUMAN SEMASA 1; PROGRAM PEMANTAPAN PJS DAN PELAPIS

Perhatian kepada semua Presiden dan Setiausaha Kelab.
Kepada tuan dan puan yang mendaftarkan diri menghadiri program pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24 hb Feb 2011 di Taman Herba , Bukit Ayer, Perlis diminta untuk mengambil tindakan seperti berikut;

1. Wajib untuk menghafal 2 buah lagu UNIC iaitu Lagu Usahawan dan Hijrah. Sila dapatkan album UNIC dan pastikan anda dapat menghafal lagu tersebut sebelum menghadiri program ini.

2. Semua peserta wajib mendaftar pada 22 Feb 2011 (Selasa) pada jam 6.00 petang bertempat di Hotel Amir Ramadhan, Kompleks Wahida, Jejawi, Perlis. Kehadiran selepas tempoh ini terutamanya pada 23 Feb 2011 tidak akan dilayan.

3.Kos pendaftaran: RM 100 / orang ( termasuk penginapan dan pengangkutan ).

4. Penyertaan adalah seramai 120 orang peserta terawal sahaja. Sehingga kini 92 orang sudah membuat pendaftaran.

Semua peserta yang berminat menyertai program ini perlu mendaftar melalui kelab masin-masing. Pendaftaran tanpa melalui kelab tidak akan dilayan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...